TARIKH : 19 JUN 2012
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM
NAMA PROGRAM : JATI DIRI

RASIONAL:

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid ke arah perubahan sikap dan tingkah laku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.


OBJEKTIF:

Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid;


• Membangunkan potensi diri murid.
• Meningkatkan disiplin diri murid.
• Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik.
• Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.




  

JAWATANKUASA INDUK

Penaung                              :               Puan Hajah Foziah binti Buang
                                                          Pegawai Pelajaran Daerah


Pengerusi I                         :               Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Abdullah
                                                         Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
                                                         (Bimbingan & Kaunseling dan Kerjaya Murid)


Pengerusi II                        :               Encik Zainuddin
                                                           Penyelia Unit Disiplin PPDPP


Naib Pengerusi                   :               Puan Hajah Abidah binti Omar


Setiausaha                          :               Puan Azizah binti Ahmad


Naib Setiausaha                  :               Puan Wan Nor Hazira binti Wan Hanafi


Bendahari                           :               Puan Chen Chai Khoon



Ahli Jawatankuasa     :
1.       Puan Julia binti Abu Sari

2.       Puan Santy Salasiah binti Ibrahim

3.       Encik Muhammad Effendy bin Abdullah

4.       Encik Mohd Fazli bin Mohd Isamudin

5.       Encik Shahrizal bin Ahmad

6.       Puan Aqilah binti Mohd Amin

7.       Puan Nor Jafna binti Jaffar (sub)






KEKUATAN

·         Majlis dapat ditutup dengan baik
·         Murid mempunyai kesedaran diri di akhir program
·         Makanan dan minuman disediakan tepat pada waktu yang telah dijanjikan
·         Aktiviti yang dirancang cukup padat dan menarik
·         Program dijalankan secara berfokus
·         Dapat mendedahkan kepada murid tentang keperluan dan pengetahuan semasa untuk kerjaya
·         Fasilitator yang berpengalaman serta cekap menjalankan tugas
·         Modul yang disediakan bersuaian dengan keperluan program
·         Peserta dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan





KELEMAHAN

·         Peserta bersikap pasif pada awal program
·         IPW dan IGB yang dibekalkan tidak sesuai kerana tidak berpengetahuan untuk menjawab dengan baik walaupun telah dibimbing
·         Terdapat peserta yang tidak boleh membaca dan menulis
·         Tidak mengikut masa yang telah ditetapkan
·         Pemilihan peserta adalah tidak sesuai dengan sasaran murid
·         Masa yang diperuntukkan terlalu singkat
·         Perkembangan setiap modul terhad
·         Urusetia tidak mencukupi terutama ketika solat dan makan
·         Peserta tidak boleh memberi tumpuan yang lama semasa program dijalankan
·         Peserta tidak suka dinilai dalam bentuk duit
·         Aktiviti yang disediakan kurang melibatkan pergerakan
·         Fasilitator terlalu terikat dengan modul yang disediakan




 

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

·         Mewujudkan AJK tambahan di kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin untuk tujuan pendaftaran, makanan, disiplin dan kerohanian.
·         Sasaran peserta dan pemilihan peserta program haruslah selari
·         Menyediakan air mineral untuk murid
·         Peserta dan Fasilitator perlu dibekalkan sijil penyertaan
·         Lokasi pemilihan program dijalankan haruslah lebih sesuai dengan aktiviti yang dirancang
·         Program dipanjangkan kepada dua hari
·         Program haruslah disusun dengan lebih baik
·         IPW dan IGB perlu diterangkan dengan terperinci melalui LCD dan penggunaan ayat yang mudah difahami
·         Peserta diasingkan mengikut jantina
·         Pemilihan modul haruslah lebih mencetus minda murid
·         Modul haruslah lebih kepada memberi peluang kepada murid lebih berinteraksi










PENUTUP

Keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memupuk nilai rohani yang baik serta mengubah sikap yang negatif kepada positif seterusnya membalas jasa ibu bapa, guru serta cemerlang di dalam pelajaran di dunia dan di akhirat.