TARIKH : 12 JUN 2012 
MASA :  8.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM
NAMA PROGRAM : PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH


RASIONAL:

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid ke arah perubahan sikap dan tingkah laku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.


OBJEKTIF:

Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid;


• Membangunkan potensi diri murid.
• Meningkatkan disiplin diri murid.
• Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik.
• Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.




Murid menyanyikan lagu Gemuruh dengan bantuan Fasilitator

JAWATANKUASA INDUK

Penaung                              :               Puan Hajah Foziah binti Buang
                                                           Pegawai Pelajaran Daerah


Pengerusi I                         :               Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Abdullah
                                                          Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
                                                          (Bimbingan & Kaunseling dan Kerjaya Murid)


Pengerusi II                        :               Encik Zainuddin
                                                          Penyelia Unit Disiplin PPDPP


Naib Pengerusi                   :               Puan Hajah Abidah binti Omar


Setiausaha                          :               Puan Azizah binti Ahmad


Naib Setiausaha                  :               Puan Wan Nor Hazira binti Wan Hanafi


Bendahari                           :               Puan Chen Chai Khoon



Ahli Jawatankuasa     :
1.       Puan Julia binti Abu Sari

2.       Puan Santy Salasiah binti Ibrahim

3.       Encik Muhammad Effendy bin Abdullah

4.       Encik Mohd Fazli bin Mohd Isamudin

5.       Encik Shahrizal bin Ahmad

6.       Puan Aqilah binti Mohd Amin

7.       Puan Nor Jafna binti Jaffar (sub)



Aktiviti Tolong Ingatkan Aku


Fasilitator memberikan keterangan kepada murid tentang Aliran  Pendidikan

KEKUATAN

  • ·         Majlis dapat ditutup dengan baik
  • ·         Murid mempunyai kesedaran diri di akhir program
  • ·         Makanan dan minuman disediakan tepat pada waktu yang telah dijanjikan
  • ·         Aktiviti yang dirancang cukup padat dan menarik
  • ·         Program dijalankan secara berfokus
  • ·         Dapat mendedahkan kepada murid tentang keperluan dan pengetahuan semasa untuk kerjaya
  • ·         Fasilitator yang berpengalaman serta cekap menjalankan tugas
  • ·         Modul yang disediakan bersuaian dengan keperluan program
  • ·         Peserta dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan


KELEMAHAN

  • ·         Peserta bersikap pasif pada awal program
  • ·         Terdapat peserta yang tidak boleh membaca dan menulis
  • ·         Tidak mengikut masa yang telah ditetapkan
  • ·         Pemilihan peserta adalah tidak sesuai dengan sasaran murid
  • ·         Masa yang diperuntukkan terlalu singkat
  • ·         Fasilitator terlalu terikat dengan modul yang disediakan
  • ·         Perkembangan setiap modul terhad
  • ·         Urusetia tidak mencukupi terutama ketika solat dan makan
  • ·         Peserta tidak boleh memberi tumpuan yang lama semasa program dijalankan
  • ·         Aktiviti yang disediakan kurang melibatkan pergerakan


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

  • ·         Mewujudkan AJK tambahan di kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin untuk tujuan pendaftaran, makanan, disiplin dan kerohanian.
  • ·         Sasaran peserta dan pemilihan peserta program haruslah selari
  • ·         Menyediakan air mineral untuk murid
  • ·         Peserta dan Fasilitator perlu dibekalkan sijil penyertaan
  • ·         Lokasi pemilihan program dijalankan haruslah lebih sesuai dengan aktiviti yang dirancang
  • ·         Program dipanjangkan kepada dua hari
  • ·         Program haruslah disusun dengan lebih baik
  • ·         Modul haruslah lebih kepada memberi peluang kepada murid lebih berinteraksi
  • ·         Peserta diasingkan mengikut jantina
  • ·         Pemilihan modul haruslah lebih mencetus minda murid 


Perkongsian Pintar bersama-sama murid


Perbincangan Kumpulan



Menumpukan sepenuh perhatian kepada program

Encik Zainuddin, Penyelia Unit Disiplin PPDPP memberikan sepatah dua kata kepada murid dan guru-guru disiplin.


PENUTUP

Keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memupuk nilai rohani yang baik serta mengubah sikap yang negatif kepada positif seterusnya membalas jasa ibu bapa, guru serta cemerlang di dalam pelajaran di dunia dan di akhirat.