TARIKH : 28 JUN 2012
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : INTI COLLEGE SUBANG
SASARAN : PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
OBJEKTIF
i.
Membangunkan potensi diri
murid
ii.
Mencungkil bakat pelajar
dalam segi pengurusan kumpulan
iii.
Memupuk semangat kerjasama
antara ahli
iv.
Mengeratkan hubungan
siraturahim sesama ahli PRS
KEHADIRAN
SEBENAR:
Zon Shah Alam
Hadir : 69 orang murid
Tidak hadir : SMK Seksyen 24 (2)
Zon Puchong
Hadir : 43 orang
Zon Serdang
Hadir : 16 orang
Zon Subang Jaya
Hadir : 49 orang
Tidak Hadir : SMK USJ 4
Kekuatan
- Majlis dapat ditutup dengan baik
- Kemudahan tempat yang lengkap
- Makanan dan minuman disediakan tepat pada waktu yang telah dijanjikan
- Slot ‘7 things in Life’ agak menarik.
- Pengangkutan bas disediakan untuk ke kolej dari PPD Petaling Perdana ke Inti College. Bas hadir tepat pada waktu.
- Dapat mendedahkan kepada murid tentang keperluan dan pengetahuan semasa untuk kerjaya
- Fasilitator yang berpengalaman serta cekap menjalankan tugas
- Peserta dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan
Kelemahan
- Cara pelaksanaan aktiviti tidak berkesan di mana tidak semua kumpulan dapat menyertai aktiviti tersebut.
- Ceramah ke-2 yang disediakan oleh pihak Inti College tidak ada kaitan dengan dengan kursus yang dijalankan dan tiada kaitan dengan kepimpinan.
- Slang yang dibawa oleh penceramah sukar difahami oleh murid dan tidak jelas.
- Masa yang ditetapkan amat singkat menyebabkan sebahagian peserta tidak dapat mengikuti aktiviti program dengan baik
- Aktiviti yang disediakan tidak menarik.
- Ahli Jawatankuasa untuk majlis penutup tidak disediakan.
Cadangan
Penambahbaikan
- Melihat terlebih dahulu isi kandungan slot agar sesuai selaras dengan objektif program
- Merancang aktiviti dan slot secara teratur supaya semua ahli dapat melibatkan diri
- Menggunakan bahasa mudah sebagai kata penghantar supaya semua mesej yang hendak disampaikan difahami dan boleh diamalkan
- Merancang Kursus Asas PRS dengan lebih teratur dan objektifnya mudah untuk dicapai
- Pemilihan modul yang berkualiti dan berkaitan dengan PRS perlu dipilih supaya dapat diamalkan oleh semua peserta sebagai input yang baik dan menjadi panduan untuk menjalankan tugas di sekolah
- Program dipanjangkan kepada dua hari
- Program haruslah disusun dengan lebih baik
- Menyediakan AJK penutup lebih-lebih lagi Pengerusi Majlis, Pembaca Doa, Dokumentasi dan sebagainya mengikut keperluan program
- Peserta diasingkan mengikut jantina
- Modul haruslah lebih kepada memberi peluang kepada murid lebih berinteraksi
- Pemilihan modul haruslah lebih mencetus minda murid
PENUTUP
Keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik.
Program seperti ini haruslah diadakan sepanjang tahun supaya Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) lebih mengetahui bidang tugas masing-masing dan menjalankan
tanggungjawab dengan baik serta berkaliber. Bahagian pengurusan berharap agar ahli
PRS dapat memupuk nilai rohani yang baik serta mengubah sikap yang negatif
kepada positif selaras dengan moto PRS ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ seterusnya
membalas jasa ibu bapa, guru serta cemerlang di dalam pelajaran di dunia dan di
akhirat.
0 comments:
Post a Comment