Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya, Muhammad Effendy bin Abdullah akan memberi sedikit info mengenai PBS (Psikometrik). Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya terus ke laman muka buku http://www.facebook.com/Effendy.Abdullah

Info Ringkas:

Sekolah Rendah : Ujian Aptitud (Am & Khusus)
Sekolah Menengah : Ujian Psikometrik (Inventori Tret Personaliti & Inventori Minat Kerjaya)

3 Faktor Kesukaran Memilih Kerjaya
1) Minat tidak jelas & tiada minat langsung
2) Tidak boleh agak dengan baik minat, potensi & personaliti
3) Kurang pengetahuan & kurang maklumat

Peranan PPsi dalam PBS
1) Alat motivasi dalam proses PDP
2) Alat motivasi Perancangan Kerjaya
3) Maklumat Profil Personaliti
4) Sumber Penjana Konsep Kendiri Positif
5) Mewujudkan Perjalanan BD konstruktif

Peranan GBKSM
1) Mentadbir dan menginterpretasikan ujian
2) Menyediakan & menyimpan Profil
3) Menjalankan konsultasi
4) Melakukan intervensi

Mentadbir Ujian Psikometrik
Ting 2 sesi 2013 bermula Januari 2013.
Ting 1 sesi 2013 bermula Mac 2013

Pada masa akan datang, ITP hanya akan dijalankan untuk murid tingkatan 1, 2 & 4. Manakala IMK pula akan dijalankan untuk murid Tingkatan 1, 3 & 5. Soalan inventori untuk tingkatan 3 - 5 akan dibentuk kemudian (dalam proses).

Masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian PPsi
ITP : 30 Minit
IMK : 30 minit

Fail PPsi akan disimpan di Bilik Kaunseling sahaja bukan di bilik PBS.