Tarikh : 29 Oktober 2012
Masa : 9.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Kompleks Rakan Muda Klang
Sasaran : 120 orang peserta PRS
Pengisian Program :
Setelah selesai pendaftaran, semua peserta diarahkan untuk merakam.gambar mengikut negeri masing-masing. Negeri Zon Tengah yang terlibat ialah seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Perincian tentang maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:-
Guru Pengiring : 8 orang
Urusetia : 43 orang
Pegawai JPN : 3 orang
Peserta lelaki : 58 orang
Peserta Perempuan : 59 orang
Jumlah Keseluruhan : 151 orang
Program dimulakan jam 2.30 petang di mana En. Khairuddin Mohd Amin, Pegawai JPNS telah memberi taklimat umum tentang program PRS Bestari ini.
Modul dijalankan oleh Urusetia dari Hulu Langat. Modul Bestari ini adalah julong pertama kalinya digunakan. Kumpulan ini sangat bertuah kerana dapat menjalani program PRS Bestari ini. Tahniah diucapkan kepada semua kerana memberikan kerjasama.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk merealisasikan matlamat utama modul ini.
Secara ringkasnya, pada hari pertama secara amnya peserta didedahkan dengan input yang membina jati diri dan kepimpinan peserta. Berbekalkan fasilitator yang berpengalaman, modul ini boleh disampaikan dengan jelas matlamatnya.
Pada hari kedua, program yang dijalankan akan menggunakan semua input yang diperoleh daripada hari pertama.
Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam. Program ini akan berakhir pada 31 Oktober 2012.
0 comments:
Post a Comment