PERKARA: JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI GBKSM PPDPP
TARIKH: 11 SEPTEMBER 2012
MASA : 12.00 TENGAHARI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT: SEGI COLLEGE, SUBANG JAYA
SASARAN: DUA ORANG GBKSM SETIAP SEKOLAH MENENGAH DAERAH PETALING PERDANA

Majlis yang dirancang oleh SEGI COLLEGE ini sebenarnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara PPDPP dan SEGI COLLEGE. Program ini sebenarnya membantu dalam memperkasakan profesionalisme di kalangan GBKSM di samping menyambut hari raya aidilfitri. 2 orang GBKSM setiap sekolah menengah di GBKSM dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.

Acara ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan daripada pihak Segi dan bacaan doa. Kemudian majlis bermula dengan menjamu selera.

Selama menjamu selera yang disediakan,GBKSM dihiburkan dengan nyanyian lagu raya oleh jemputan khas dan wakil GBKSM sendiri bagi menghidupkan suasana hari raya. Selepas itu, Ucapan oleh Pengetua Segi College sebagai ucapan perasmian.

Selepas acara perasmian, GBKSM diberi hamper sebagai tanda penghargaan oleh pihak Segi College kerana meluangkan masa bersama-sama penganjur dan memeriahkan suasana.






















Diharap agar program ini dapat diadakan pada masa akan datang.