"MAJLIS SEIRING JALAN SEHALA TUJUAN"
30 SEPTEMBER 2010
HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA

Aturcara Majlis


12.00  tengah hari            : Ketibaan Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
                                     : Pendaftaran
1.30 petang                     : Solat Zohor
2.00 petang                    : Acara rasmi:-
Bacaan doa 
Ucapan Alu-aluan Pengerusi MGK Daerah Petaling Perdana:-
                             - Pn. Hjh. Abidah bt Omar
                             Ucapan Alu-aluan Penasihat MGK Daerah Petaling Perdana:-
                             - Pn. Hjh. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
                          Ucapan Perasmian Oleh Pegawai Pelajaran Daerah Petaling                              Perdana:-
                             - Pn. Foziah bt. Buang

                             * Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada AJK Induk MGK
                             * Penyampaian Anugerah Perkhidmatan UBK Cemerlang 2010
                             * Tayangan Multimedia Perkhidmatan UBK Cemerlang 2010
                             * Penyampaian Anugerah Khas Khidmat Setia GBKSM
                             * Penyampaian Cenderamata
                             * Jamuan Makan
                             * Cabutan Bertuah
                             * Permainan / Persembahan                  

5.00 petang                      Majlis bersurai



MESYUARAT PENYELARASAN
MAJLIS SEIRING SEJALAN SEHALA TUJUAN
PPDP/PPK/A41997/04/01/004/05 Jld2(48)


Tarikh  : 21 September 2010
Masa    : 9.00 Pagi
Tempat : SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara.



makluman..! naik taraf bloq..hehe

gambar aktiviti MGKPP tidak dapat ditayangkan atas masalah teknikal..

segala kesulitan amat dikesali..

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA 
MAJLIS SEIRING JALAN SEHALA TUJUAN

TARIKH : 01 SEPTEMBER 2010
MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PPD PETALING PERDANA

KEHADIRAN ADALAH WAJIB.. TQ

MESYUARAT KALI PERTAMA
MAJLIS SEIRING JALAN SEHALA TUJUAN

TARIKH: 1 SEPTEMBER 2010
HARI : RABU
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PPD PETALING UTAMA
MASA : 8.30 PAGI

SEMUA AJK YANG TERLIBAT DIMINTA HADIR BAGI MENJAYAKAN
 PROGRAM TERSEBUT

KEHADIRAN ANDA AMAT DIHARGAI !

MESYUARAT POST MORTEM
HARI INFORMASI KERJAYA 2010

TARIKH : 10 OGOS 2010
HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PPD PETALING PERDANA

SEMUA AJK MGK PETALING PERDANA
DIJEMPUT HADIR.



HARI INFORMASI KERJAYA
PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA

TARIKH : 29 JULAI 2010 (KHAMIS)
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA PUCHONG INDAH, PUCHONG.

SEMUA DIALU-ALUKAN HADIR. SETIAP SEKOLAH DIKEHENDAKI MENGHANTAR  SERAMAI 40 ORANG PELAJAR MENGIKUT JADUAL YANG DISERTAKAN PADA SURAT MAKLUMAN PROGRAM. HARAP MAKLUM.

MASUK ADALAH PERCUMA !

KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
DAERAH PETALING PERDANA

Makluman kepada semua kaunselor daerah petaling perdana :

Tarikh       :  14 Julai 2010
Tempat     :  SMK Seksyen 18, Shah Alam
Masa        : 7.30 pagi - 5.00 petang
Kehadiran : 8 orang ahli PRS tingkatan 4 bagi setiap sekolah

Kehadiran dan kerjasama semua kaunselor adalah sangat diharapkan !
Terima Kasih


Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling Bil. 4/2010 Daerah Petaling Perdana

Tarikh : 23 Jun 2010
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Petaling Perdana

Semua Ahli Jawatankuasa dijemput hadir...







Majlis Guru Kaunseling (MGK)
Daerah Petaling Perdana dan Daerah Petaling Utama
akan menganjurkan

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2010

Butiran Seminar :

  • Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
  • Tempat : Dewan Kuliah Pusat (1), Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
  • Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
  • Bayaran : RM 10 seorang (utk makan & bahan-bahan ceramah)


Oleh;

En. Jafny Hj. Jaapar (GBKSM SMK Seafield)

Naib Pengerusi MGK Petaling Perdana

Tema sambutan Hari Guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa" amat mendalam yang sepatutnya menjadi satu penggerak untuk guru-guru meneliti dan mengkaji segala aspek berhubung profesion keguruan dalam satu ruang lingkup yang luas dan mendalam. Imej dan martabat guru dan keguruan telah banyak terhakis tidak patut menjadi sesuatu yang menghalang kaum guru daripada terus meningkatkan semula imej ini dengan melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab tugas seperti yang sewajarnya ke tahap yang paling maksimum terutama di dalam era 'globalisasi' dan dalam usaha kerajaan menjana prasarana dan ketrampilan pekerja-pekerja sektor perkhidmatan awam dalam K-ekonomi.

Walau apa pun sebab yang diberikan, kita kaum guru wajar menerima pandangan Ketua Pengarah Pelajaran, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom yang disebut sebagai berkata bahawa, imej profesion keguruan akan lebih sempurna apabila guru-guru mahir dalam perkara berkaitan kaedah pedagogi. Jika guru menguasai kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal maka ini akan membantu memartabat dan memulihkan imej profesion keguruan ini. Tambahnya lagi jika kaum guru berjaya menghayati tiga aspek ini, adalah tidak mustahil kaum guru akan menjadi kumpulan pemikir yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat seperti satu masa dahulu.

Ketahuilah bahwa 'martabat guru dan keguruan' bukan terletak atau meminta pihak lain memberikan pengiktirafan sebaliknya guru sendirilah yang mesti berusaha ke arah itu. Sayangnya berapa ramai pula guru-guru yang tidak melambangkan ciri-ciri seorang guru yang unggul melalui 'gelagat' yang mereka sendiri lakukan: tidak memenuhi standard kualiti kerja, sikap keilmuan yang dangkal dan tidak memfokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle menyebut; "Kebanyakan sekolah mempunyai guru-guru yang cemerlang, setengahnya guru-guru 'mediocre', dan setengahnya pula mempunyai guru-guru yang tidak termasuk ke dalam profesion tersebut." Ertinya di samping terdapatnya guru-guru yang memang cemerlang namun sekolah-sekolah kita tetap mempunyai guru-guru bermasalah, guru-guru yang 'burnt-out', guru-guru yang 'sakit mental', dan paling memalukan terdapatnya segolongan guru-guru yang 'tidak boleh digelar guru' langsung dan seribu satu macam lagi. Apakah gejala-gejala negatif ini bukan penyebab kepada kemerosotan nilai dan imej kaum guru di mata masyarakat?

Pemujaan kepada 'materialistik' menyebabkan ramai guru melakukan 'kerja sampingan' (kadang-kadang sudah jadi utama) yang sudah diketahui umum. Masa di sekolah sudah tidak bertumpu kepada P&P lagi sebaliknya 'hati sentiasa teringat' akan 'kerja-kerja luar' yang menambah pendapatan walau pun kebajikan murid dikorbankan. Berapa ramai pula guru-guru yang nampak melebihkan masa dan tenaga untuk kelas-kelas 'tusyen' berbanding kelas rasminya di sekolah? Bagaimana pula sikap guru termasuk para pentadbirnya yang melebihkan 'main' daripada proses P&P; Ujian Bulanan tidak jadi keutamaan, boleh ditunda-tunda sesuka hati walau telah ditetapkan oleh Jabatan? Bagaimana pula kualiti kerja dalam menyediakan soalan-soalan nampak sangat melepaskan batuk ditangga, buat secara ala kadar sahaja membuktikan 'hati perut' sebenar seorang guru yang tidak 'malu' mempamerkan kerjanya yang tidak bermutu? Bagaimana pula tingkah-laku guru-guru kita ketika berada di sekolah sepanjang hari adakah benar-benar mengajar sepenuh hati? Atau adakah tidak berlakunya sindrom guru-guru yang 'busy by doing nothing'? yang pandai berlakon dan bersandiwara, yang menjadi 'jelatang' dan 'petualang', yang menjadi 'duri dalam daging' kepada sekolah dan organisasi? Dan paling berat ialah guru-guru yang dihinggapi penyakit 'hati' yakni malas, culas, cuai, ghaflah, resah, gelisah, suka berborak, lambat bertindak, buat kerja hendak tak hendak, banyak masanya habis di kantin, datang sentiasa lambat tapi baliknya selalu pula cepat, sentiasa cari peluang untuk 'tuang', dan bersikap semua peraturan dan undang-undang tidak betul kecuali dirinya seorang!

Adakah kita sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling merelakan situasi seumpama ini berlaku dan terus berlaku di sekolah yang kita terajui ? Oleh itu kita wajib membetulkan keadaan, dengan memperkasa diri serta mengaplikasikan ilmu untuk sama-sama dalam membantu 'mengubat penyakit' yang ada di sekolah kita masing-masing agar tidak ada lagi rakan-rakan guru yang tersasar dan 'sasau', agar sikap dan tingkah-laku kita semua sama-sama dapat mengangkat 'martabat profesion keguruan' ke tahap yang paling agung dan mulia.


MAJLIS GURU KAUNSELING (MGK) PPD PETALING PERDANA
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI GURU 2010


Guru kekal sebagai guru, walau berzaman ditelan waktu, walau telah ramai berjaya muridmu, guru tetap di takuk itu. Namun percayalah para guru, jasamu tetap terpahat terpaku, dilubuk hati anak didikmu, walau emas jadi tandingan, kau tetap teratas dan nombor SATU.






TAKWIM MGK DAERAH PETALING PERDANA 2010
[ Bulan April-Mei ]
APRIL 2010
  1. MESYUARAT PERLANTIKAN BIRO MGK PETALING PERDANA
  2. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

MEI 2010

  1. MESYUARAT AJK PELAKSANA SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME GBK DAERAH
  2. SEMINAR/CERAMAH/BENGKEL

MESYUARAT MGK PETALING PERDANA KALI PERTAMA TAHUN 2010

TARIKH : 29 APRIL 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PPD PETALING PERDANA
MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

Senarai AJK MGKPP

Penasihat :
Pn. Hjh. Wan Fauziah bt. Wan Abdullah
PPD Petaling Perdana

Pengerusi:
Pn. Hjh. Abidah bt. Omar
SMK Seri Indah, Serdang

Naib Pengerusi:
Pn. Azizah bt. Ahmad
SMK Seksyen 16, Shah Alam

Setiausaha:
Pn. Fatimah bt. Mamat
SMK Puchong Utama 1, Puchong

Naib Setiausaha:
Pn. Badariah bt. Baharuddin
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Bendahari:
Pn. Chen Chai Khoon
SMK Seri Serdang

Naib Bendahari:
Pn. Lai Siu Kheng
SMK Seksyen 4 Bandar kinrara

Biro Kebajikan & Kerohanian:
Pn. Azlin bt. Zainal Abidin
SMK Seksyen 9, Shah Alam
Pn. Lily Normala bt. Mahdi
SMK Seri Kembangan

Biro Lawatan & Rekreasi:
Pn. Nor Jafna bt. Jaafar
SMK USJ 8, Subang Jaya
Pn. Zakiah bt. Abd. Ghani
SMK USJ 8, Subang Jaya

Biro Pendidikan & Latihan:
En. Azman b. Abas
SMK Seksyen 24(2), S. Alam
Pn. Suhana bt. Atan
SMK TTDI Jaya, S. Alam

Biro Kerjaya:
Pn. Selvarany A/P Dharmalingam
SMK Seksyen 16, S. Alam
Pn. Rohani bt. Hj. Idris
SMK USJ 23, Subang Jaya

Biro Dokumentasi dan ICT:
En. Shahrin b. Bakar
SMK Puchong Perdana
En. Muhammad Effendy b. Abdullah
SAMT Tengku Ampuan Jemaah

Biro Tajaan & Promosi:
En. Lee Hock Fah
SMK Seri Kembangan
En. Ravichandran A/L Krishnan
SMK Puchong

Powered by Blogger.